Warga Emas: Tips Untuk Penuaan Sihat

Semakin kita tua, kita pasti akan mengalami pelbagai perubahan hidup yang besar, termasuklah peralihan kerjaya dan persaraan, anak berpindah keluar dari rumah, kematian orang tersayang, kecabaran fizikal dan kesihatan, dan juga hilang kebolehan untuk berdikari.

Mengatasi perubahan sememangnya sukar untuk setiap peringkat umur dan agak lazim untuk berasa kehilangan yang anda lalui. Walau bagaimanapun, dengan mengimbangkan kehilangan anda dengan faktor-faktor positif membolehkan anda untuk mengekal sihat dan meneruskan bina diri walaupun umur telah mencecah lebih 70 tahun.

Bukan sahaja anda perlu menyesuaikan diri dengan perubahan, penuaan sihat juga bermaksud mencari pengalaman baharu yang anda boleh nikmati, kekalkan fizikal dan sosial anda aktif, dan juga mengeratkan hubungan dengan komuniti dan orang tersayang. Malangnya, penuaan bagi segelintir boleh membawa kebimbangan dan ketakutan.

Tip 1: Belajar mengatasi perubahan

Apabila kita semakin berumur, kita akan melalui masa yang mengembirakan dan juga menekankan. Ia sangat penting untuk kita membina daya tahan diri dan cari jalan yang sihat untuk mengatasi cabaran hidup. 

Kebolehan ini akan membantu anda untuk membuat sehabis baik dengan masa yang baik anda dan mencekalkan perspektif pada masa yang mencabar.

Fokus pada perkara yang anda bersyukur

Lagi lama anda menjalankan kehidupan, lagi banyak anda akan hilang. 

Apabila anda hilang orang ataupun sesuatu, kehidupan ini akan menjadi lebih berharga. Apabila juga anda berhenti ambil mudah terhadap sesuatu perkara, anda akan lebih menikmati dan hargai apa yang anda sudah ada.

Sedar terhadap perasaan anda dan luahkan

Anda mungkin sukar untuk meluahkan perasaan, dan juga berasa yang meluahkan sesuatu perasan menunjukkan ia tidak sopan dan lemah. Tetapi, memendam perasaan anda boleh menyebabkan kemarahan, dendam and kemurungan. Janganlah menafikan apa yang anda lalui. 

Cari jalan yang sihat untuk meluahkan perasaan anda dengan bercakap bersama kawan rapat ataupun menulis di dalam jurnal.

Menerima kenyataan yang anda tidak boleh ubah

Banyak perkara dalam hidup berada di luar kawalan kita. 

Daripada berasa tertekan terhadap perkara tersebut, fokus pada perkara yang boleh dikawal oleh anda seperti bagaimana anda memiih untuk bertindak terhadap masalah. Hadapi had anda dengan bermaruah dan sedikit jenaka.

Cari kemanisan dalam kepahitan

Setiap kesusahan pasti ada hikmahnya. Apabila anda menghadapi cabaran besar, cuba lihat ia seperti batu loncatan. 

Jikalau anda membuat keputusan ataupun pilihan yang tidak baik telah menyumbang kepada situasi yang tertekan, reflek kembali dan belajar dari kesilapan anda.

Tip 2: Mencari erti kehidupan dan kegembiraan

Kunci untuk penuaan sihat ialah kebolehan untuk mencari erti dan kegembiraan dalam hidup dengan berterusan. 

Selagi anda meningkat usia, kehidupan anda akan berubah dan sikit demi sedikit, anda akan kehilangan perkara yang memenuhi masa anda dan memberi anda tujuan dalam hidup.

Sebagai contoh, anda berkemungkinan bertukar pekerjaan, anda mungkin akan bersara dari kerjaya, anak-anak anda mungkin akan meninggalkan rumah, atau rakan atau keluarga akan berpindah ke tempat yang jauh tetapi perkara-perkara ini bukanlah sebab untuk anda tidak bergerak ke hadapan. 

Kehidupan di masa akan datang boleh menjadi masa yang penuh dengan pengembaraan baru dan mengujakan, jika anda memberi peluang untuk ia menjadi.

Meneroka kembali hobi yang lama di tinggal

Mencuba kembali hobi lama ataupun mencuba hobi baru. Mengambil kelas atau sertai kelab atau sukan ialah cara yang terbaik untuk meneroka hobi anda dan meluaskan rangkaian sosial anda dalam masa yang sama.

Belajar perkara baru

Belajar perkara baru seperti instrumen muzik, bahasa asing, permainan baru, ataupun sukan. 

Membelajari aktiviti baru bukan sahaj boleh menambah keertian dan kenikmatan hidup, malah boleh juga menolong untuk mengekalkan kesihatan otak anda dan mencegah kemerosotan mental.

Melibatkan diri dengan komuniti anda

Anda boleh cuba menghadiri majlis tempatan ataupun menjadi sukarela untuk sesuatu yang penting bagi anda. Keertian dan tujuan anda jumpa dalam menolong orang lain akan memperkayakan dan meluaskan kehidupan anda. 

Kerja komuniti boleh juga menjadi jalan yang terbaik untuk memanfaatkan dan menurunkan kemahiran anda yang anda bina semasa bekerjaya.

Melancong ke tempat baharu

Ataupun pergi ke tempat anda tidak pernah kunjungi di hari hujung minggu.

Meluangkan masa dengan alam semula jadi

Pergilah mendaki ke tempat yang mempunyai pemandangan indah, memancing ataupun berkhemah.

Menikmati seni

Anda boleh mengunjungi muzium, pergi ke konsert ataupun persembahan, sertai kelab buku ataupun mengambil kelas seni.

Tip 3: Sentiasa berhubung

Antara cabaran besar penuaan ialah mengekalkan sokongan rangkaian perhubungan kita. 

Sentiasa berhubung dengan orang sekeliling bukanlah senang apabila kita makin tua, bahkan juga untuk segelintir yang mempunyai kehidupan sosial yang aktif semasa muda. 

Perubahan kerjaya, persaraan, kesakitan, dan berpindah boleh memberi kesan kepada hubungan kita dengan kawan rapat dan ahli keluarga. Makin kita tua, makin ramai orang kita akan hilang. 

Di kehidupan tua kita, membina hubungan baru akan menjadi lebih cabar bagi anda ataupun orang-orang dalam rangkaian sosial anda.

Berhubung bersama orang lain amatlah penting, tidak kira anda tinggal bersama pasangan atau tidak. Terdapat beberapa cara untuk mendekati bersama orang lain, tidak kisah apa anda buat, asalkan anda mempunyai cara untuk tidak terperap di dalam rumah dan keluar untuk bersosial:

Sentiasa menghubungi rakan-rakan dan keluarga

Meluangkanlah masa anda dengan orang-orang yang anda sukai dan membuat anda berasa semangat. 

Mungkin orang itu adalah jiran anda dimana anda sentiasa suka untuk bersenam bersama, ataupun pergi makan tengahari bersama dengan rakan lama, membeli-belah bersama anak anda ataupun bermain dengan cucu anda. 

Walaupun anda tidak tinggal berdekatan, telefon ataupun emel mereka senstiasa untuk mengekalkan hubungan anda.

Berusaha untuk membuat kawan baru

Dalam masa anda kehilangan orang di dalam bulatan anda, ia sangat penting bagi anda untuk membuat hubungan baru di dalam kehidupan sosial anda supaya ia tidak merosot. 

Anda boleh berkawan dengan orang-orang muda dimana orang muda boleh membuat anda merasa bertenaga, bersemangat, dan juga membantu anda untuk melihat hidup dari perspektif baru.

Luangkan masa sekurang-kurangnya dengan seorang setiap hari

Walau apapun situasi pekerjaan atau kehidupan anda, anda tidak sepatutnya meluangkan masa dengan seorang diri setiap hari. Telefon atau emel bukanlah pengganti untuk anda meluangkan masa dengan orang. 

Disarankan anda untuk bersemuka dengan orang lain boleh membantu anda untuk cekal positif dan mengelakan kemurungan.

Tip 4: Kekal cergas dan tingkatkan daya hidup

Jangan terpedaya dengan mitos yang berkata penuaan bermaksud anda tidak akan berasa baik lagi. Ia memang benar bahawa penuaan memberi kesan kepada fizikal kita, tetapi ia tidak bermaksud bahawa ketidakselesaan dan kecacatan. 

Walaupun bukan semua penyakit boleh dielak, banyak cabaran fizikal yang berkait dengan penuaan boleh diatasi ataupun dikurangkan dengan bersenam, mempunyai diet yang baik, dan menjaga diri anda sendiri.

Bersenam

Terdapat satu kajian Swedish mengatakan bahawa bersenam ialah penyumbang nombor satu bagi kepanjangan umur, menambah beberapa tahun kepada jangka hayat anda, walaupun anda tidak mula bersenam semasa anda muda.

Bersenam membantu untuk mengekalkan kekuatan dan ketangkasan, meningkatkan daya hidup, menambah baik kualiti tidur, memberi peningkatan terhadap kesihatan mental dan juga mengurangkan kesakitan kronik. 

Senaman juga memberi kesan positif kepada otak, ia membantu mencegah kehilangan memori dan dimentia.

Mempunya diet yang bagus

Semakin kita tua, hubungan kita dengan makanan berubah bersama tubuh badan kita. Kemerosotan metabolisme, perubahan terhadap daya rasa dan bau, dan perhadaman makanan yang perlahan mengakibatkan selera anda terkesan. 

Tetapi, memakan makanan yang sihat boleh membantu anda untuk kekalkan tenaga dan kesihatan anda.

Tidur dengan mencukupi

Terdapat ramai dewasa merungut tentang masalah tidur dalam masa mereka sedang berumur sepeti insomnia, mengantuk semasa siang hari, dan kerap terbangun di malam hari. 

Tetapi penuaan tidak selalunya membawa masalah tidur. Membina kebiasaan tidur yang sihat semasa penuaan boleh mmebantu anda untuk mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti setiap malam.

Tip 5: Mengekalkan minda yang tajam

Terdapat beberapa sebab yang positif untuk mengekalkan otak anda aktif seperti badan anda. 

Bersenam, mengekalkan otak anda aktif, dan juga mengekalkan kreativiti anda boleh membantu untuk mencegah kemerosotan kognitif dan masalah memori. Lagi aktif dan bersosial anda terhadap diri, lagi lebih anda menggunakan dan menajamkan otak anda, dan lebih kelebihan anda akan dapat. 

Ini adalah benar jika kerjaya anda bukanlah lagi cabaran untuk anda ataupun ada sudah bersara dari kerja.

Cabar otak anda

Bagi beberapa orang, mencabar otak boleh melalui dengan bermain permainan baru ataupun sukan. Untuk segelintir yang lain, mereka mungkin lebih menikmati teka-teki atau mencuba resipi baru. 

Cari sesuatu yang anda nikmati dan cabar otak anda dengan mencuba variasi baru atau meningkatkan cabaran terhadap sesuatu aktiviti yang anda lakukan.

Membelajar subjek baru

Mengambil subjek baru untuk belajar adalah antara cara yang baik untuk sentiasa menimba ilmu. 

Anda sentiasa teringin untuk membelajar bahasa asing? Membelajar kemahiran komputer baru? Belajar bermain piano? Terdapat banyak kelas yang anda mampu di pusat komuniti atau kolej komuniti yang boleh membenarkan anda untuk menimba ilmu subjek baru.

Author : 

Picture of Alief Zolkopli

Alief Zolkopli

Marketing Manager, Teman Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *