Sebelum ini saya telah menulis sebuah artikel mengenai Keselamatan Warga Emas Semasa Pendemik COVID-19. Secara ringkasnya dalam artikel itu, saya melahirkan rasa risau terhadap golongan warga emas yang terdedah kepada virus ini dan simptom yang dialami oleh mereka boleh ke tahap 4 dan tahap 5 dengan mudah.
Dengan kelonggaran SOP yang diberikan oleh kerajaan. Pasti ramai di antara kita yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bertemu ibu bapa atau datuk nenek yang telah lama tidak bersua muka.
Namun hakikatnya, virus COVID-19 masih lagi ada di bumi Malaysia. dan kes-kes harian masih banyak melebihi 15000 sehari setakat pertengahan September 2021.
Seperti yang saya nyatakan dalam artikel sebelum ini, Warga emas merupakan golongan yang berisiko. Kita haruslah bertanggungjawab semasa menemui mereka.
Saya ingin jelaskan bahawa adalah lebih baik untuk kekal sahaja duduk rumah dan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berisiko seperti melawat ibubapa. Tetapi jika keadaan memaksa, saya ada beberapa saranan tambahan.
Antara cadangan yang saya sarankan sebelum pulang ke kampung adalah:
- Dapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Kelebihan vaksin tidak perlu saya terangkan, walaupun kita masih boleh dijangkiti dan menjangkiti. Tapi risikonya amat rendah. Ada satu kes kenalan rapat saya. Satu keluarga kena COVID-19, tetapi dengan izin Allah, disebabkan dia telah lengkap 2 dos vaksin. Ujian pengesahan mendapati hanya dia seorang sahaja yang Negatif. - Kuarantin diri sebaiknya 2 minggu sebelum pulang.
Walaupun 2 minggu adalah satu jangka yang lama, tapi ianya adalah baik untuk langkah pencegahan yang maksima. Kebiasaanya, simptom COVID-19 tidak akan muncul selepas 1-3 hari kita dijangkiti. ada yang mengambil masa sehingga 2 minggu, bergantung kepada kekuatan anti-bodi kita. - Makan makanan yang berkhasiat dan lakukan senaman.
Diet yang seimbang dan senaman yang betul boleh membantu sistem pertahanan kita lebih ampuh untuk menangkis sebarang penyakit. Jadikan gaya hidup yang aktif sebagai amalan. - Cuba elakkan untuk singgah dimana-mana pusat perhentian.
Seperti yang saya nyatakan dalam point yang pertama. Tahan diri dari singgan dimana-mana tempat perhentian atau kawasan tumpuan awam. Jika keadaan memaksa, lakukan SOP kendiri dengan kerap membasuh tangan, kurangkan menyentuh sebarang permukaan. - Setelah sampai di tempat tujuan, bersihkan diri dengan mandi terlebih dahulu.
Jangan bersalaman atau melakukan sebarang sentuhan setelah kita selamat sampai di tempat tujuan. Mandi dan asingkan pakaian kita adalah pilihan yang terbaik. Tak apa jika bersusah payah, yang penting kita dah lakukan yang terbaik untuk mengelakkan dari virus COVID-19 ini.
Saya berharap, agar perkongsian saya kali ini akan dapat membantu anda untuk menghindari virus ini menjangkiti orang yang tersayang.
Walau kita rasa berat untuk laksanakan, tapi inilah tanggungjawab kita untuk melindungi semua orang. Marilah kita berdoa agar pandemik ini segera berakhir.