elderly checkup

Keselamatan Warga Emas Semasa Pandemik Covid-19

Pandemik COVID-19 masih lagi mencatatkan jumlah kes yang tinggi setakat 14 September 2021. Rakyat Malaysia seharusnya mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sentiasa memakai penutup muka, menjaga jarak dan tidak melakukan sentuhan seperti bersalaman dengan orang lain.

Namun, saya faham sebagai manusia kita akan terlupa atau secara tidak sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan. Agak sukar untuk kita tidak melakukan apa yang telah menjadi lumrah dalam kehidupan seharian.

Tambah-tambah lagi dengan adat bangsa-bangsa yang ada di Malaysia adalah sangat mementingkan hubungan persaudaraan yang akrab sesama kita.

Kita semua tahu, golongan warga emas merupakan yang paling berisiko untuk mendapatkan simptom tahap 4 dan 5 jika dijangkiti virus COVID-19. Ini tentu amat menggusarkan, kerana kebanyakan ibubapa kita adalah merupakan golongan warga emas.

Laporan Berita Harian bertarikh 21 Julai 2020 menyatakan bahawa, hampir 70% kematian disebabkan COVID-19 adalah melibatkan warga emas. Saya bukan nak menakutkan atau sebagainya, tetapi saya ingin memberi kesedaran bahawa ini adalah satu tragedi yang serius.

MKN telah menetapkan banyak garis panduan untuk mengelakkan jangkitan virus ini, tetapi masih ramai yang tidak mengambil berat. Walaupun sekarang terdapat banyak kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, ia tidak seharusnya dimanipulasi untuk kepentingan peribadi.

Anak-anak atau golongan muda harus peka dengan siapa mereka berinteraksi. Jangan disebabkan kita, orang lain yang menjadi mangsa. Lebih malang lagi, orang lain itu adalah orang yang kita sayang. Dengan pelbagai jenis varian COVID-19 yang menyerang dengan pelbagai cara, tiada pilihan lain selain mempraktikkan gaya hidup norma baharu.

Salah satu cara untuk mngurangkan risiko dari mendapat simptom tahap 4 dan 5 untuk golongan warga emas adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Ianya telah terbukti selamat dari pihak KKM. Alhamdulillah, semua ahli keluarga saya telah selamat mendapatkan suntikan vaksin ini termasuk ibubapa dan datuk saya.

Saya tahu ada yang masih kurang percaya dengan vaksin. Dengan pelbagai cerita negatif dari sosial media dan laporan-laporan yang boleh kita dapatkan di hujung jari pada zaman ini, tidak pelik ramai yang akan meraguinya.

Nasihat saya kepada mereka yang tidak mengambil vaksin, ambil masa anda untuk membuat kajian. Dalam masa yang sama, patuhi SOP dengan ketat. Elakkan diri dari pergi ke tempat tumpuan ramai dan sebagainya. Bersabarlah sehingga kita semua boleh hidup bersama virus ini. Saya tidak menjangka kita boleh menang melawan virus ini dalam waktu yang terdekat.

Jika kita mematuhi SOP dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan virus ini tersebar dengan mudah. Tidak mustahil untuk kita semua kembali seperti kehidupan sebelum ini.

Jagalah warga emas, ingatlah bahawa mereka adalah golongan sangat berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19. Gunakan sebaiknya teknologi yang ada pada zaman sekarang.

Author : 

Picture of Azizi Ali

Azizi Ali

Technology Development Manager, Teman My Ventures PLT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *