Table of Contents
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem imunisasi?
Sistem imunisasi terdiri daripada organ, sel, dan cecair yang membolehkan badan kita melawan sesuatu jangkitan dan penyakit.
Sel darah putih, dan juga organ sistem limfa dan tisu seperti limpa, timus, dan tulang sumsum adalah sebahagian daripada sistem imun.
- Sistem imun boleh menyimpan setiap data berkenaan kuman dan bakteria yang pernah dilawan jadi ia boleh mengenal pasti dengan cepat apabila kuman ini datang kembali.
- Alahan, kekurangan imun, dan penyakit autoimun boleh menyebabkan sistem imun kita tidak normal.
Bagaimanakah sistem imunisasi kita berfungsi?
Sistem imunisasi kita boleh dirangsang oleh pelbagai jenis kuman dan bakteria yang badan kita tidak kenal. Ini juga dikenali sebagai antigen. Protein di permukaan bakteria, kulat dan virus adalah contoh antigen.
Apabila antigen ini terikat kepada sesuatu reseptor pada sel imun (sel sistem imunisasi), satu proses akan terjadi di dalam badan kita.
Apabila badan kita berkontak bersama patogen yang mengandungi penyakit, ia selalunya akan menyimpan segala info berkenaan penyakit itu dan cara untuk melawannya. Apabila ia berkontak kembali dengan kuman ini, ia akan segera mengenal pasti dan bermula untuk melancarkan serangan.
Sistem imun bawaan dan adaptif
Sistem imun kita terbahagi kepada dua sub-sistem: sistem imun bawaan (tidak berspesifik) dan imun sistem adaptif.
Apabila bakteria ataupun sesuatu jangkitan berbahaya mengaktifkan sesuatu respon imun, kedua sub-sistem imun ini akan bekerjasama.
Imun sistem bawaan, juga dikenali sebagai sistem imun tidak berspesifik, menyediakan pertahanan yang umum untuk melawan kuman atau bahan yang berbahaya.
Sistem imun adaptif menghasilkan antibodi yang akan menyerang sesuatu jangkitan yang badan kita telah dijangkiti. Ini juga dirujuk sebagai imun respon yang membelajar (diperoleh) atau imun sistem spesifik.
Adakah imun sistem anda dalam bahaya?
Sistem imun anda bantu membaiki, mencegah dan melawan penyakit. Sistem imun kita juga boleh menjadi lemah, tidak aktif, terlebih aktif, ataupun tersilap menyerang badan anda.
Gejala, reaksi alahan, dan penyakit kronik boleh menjadi punca dari sistem imun yang bermasalah. Antara gejala yang menunjukkan sistem imun kita berkemungkinan lemah adalah:
Mata Kering atau Terasa Seperti Berpasir
Mata kering mungkin mengatakan sistem imun kita lemah. Terdapat satu penyakit yang dipanggil sindrom Sjögren yang mengakibatkan sistem imun kita mengeringkan air mata yang membuat mata kita lembab.
Mata anda akan terasa kering, meradang, dan mungkin terasa seperti termasuk pasir. Ini berkemungkinan juga akan membuat penglihatan anda kabur dan menyebabkan kerosakan kepada kornea mata.
Ruam
Ruam gatal seperti ekzema adalah reaksi alahan yang meyebabkan sistem imun yang terlebih aktif.
Kedua psoriasis dan psoriatic arthritis adalah penyakit sistem imunisasi. Keradangan adalah reaksi dari sistem imun anda terhadap sel kulit anda sendiri.
Masalah Perut atau Usus
Masalah perut dan usus menunjukkan sesuatu isu yang dihadapi oleh sistem imun anda.
Cirit birit, sakit perut, perut kembung, dan surut berat badan adalah tanda-tanda penyakit Crohn, ulseratif kolitis, atau penyakit seliak, dimana kesemua penyakit ini penyebab sistem imun kita tidak normal.
Keguguran Rambut
Keguguran rambut adalah antara gejala yang menyebabkan sistem imun menyerang akar rambut dan menyebabkan kerosakan. Rambut boleh jatuh gugur merata tempat seperti di atas badan, bahu ataupun di kepala anda.
Keguguran rambut bertompok boleh juga menjadi punca isu sistem imun seperti psoriasis plak di kulit kepala.
Luka Sembuh dengan Lambat
Apabila kulit terbakar, luka, atau mengikis, kulit anda akan berada dalam mod pengurusan kerosakan. Badan kita mempertahankan luka dengan menghasilkan darah bernutrisi tinggi untuk menyebuh dan menjana semula kulit baru.
Sel sistem imunisasi diperlukan untuk proses memulih berlaku. Kulit anda tidak boleh disembuh jika sistem imun kita lemah. Luka anda juga akan berterusan dan akan mengambil jangka masa yang lama untuk sembuh.
Sakit Sendi
Sakit sendi atau dikenali sebagai Rheumatoid arthritis (RA) boleh menyebabkan sendi menjadi pedih, bengkak, dan kaku secara tiba-tiba. Sistem imun anda menyebabkan tisu-tisu di sendi anda untuk meradang.
Anda Selalu Jatuh Sakit
Kekerapan mendapat penyakit seperti demam dan selsema boleh menunjukkan bahawa sistem imun kita lemah.
Jika anda mendapat infeksi telinga empat kali atau lebih setahun, penyakit sinus kronik dua kali setahun, pneumonia dua kali setahun, ataupun memerlukan antibiotik dua kali setahun atau lebih, anda kemungkinan mengadap sistem imunisasi yang merosot.
Keletihan
Selepas melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan, anda akan merasa letih. Walau bagaimanapun, jika anda kerap merasa letih, walau anda sudah mendapat tidur yang mencukupi, kemungkinan sistem imun anda sedang merosot.
Sistem imunisasi yang terlebih aktif juga boleh menjadi penyebab keletihan yang melampau.
Immunosenescence: Kemerosotan prestasi sistem imunisasi kita apabila meningkat umur
Kebolehkan badan kita menentang serangan organisma dan penyakit yang tidak dikenali bergantung kepada sistem imun yang berfungsi.
Immunosenescence ialah satu perkataan yang diguna untuk menerangkan bagaimana sistem imun merosot apabila umur manusia meningkat, begitu juga dengan spesies lain, membolehkan kadar jangkitan meningkat, neoplasma, dan juga penyakit autoimun.
Apakah yang menyebabkan imunosenescence?
Immunosenescence boleh terjadi dari pelbagai punca, termasuklah genetik, diet, kecergasan, dedahan kepada mikrob pada masa lalu, biologi dan budaya sexual, dan status jangkitan cutomegalovirus (HCMV).
5 Cara untuk Tingkatkan Sistem Imunisasi Anda
Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Sistem imunisasi yang sihat bergantung kepada rutin kebiasaan kita. Tidur bukanlah sesuatu yang kita boleh ambil mudah tetapi ia merupakan suatu keperluan.
Tidur yang mencukupi dan diperlukan oleh badan adalah selama 7 hingga 8 jam sehari. Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang cukup, tidur siang yang singkat (selama 30 minit) boleh membantu untuk mendapatkan tidur atau rehat yang cukup.
Mempunyai Rutin Sebelum Tidur
Rutin sebelum tidur boleh membantu badan kita bersedia untuk tidur, dan akan memastikan kita memperoleh tidur yang mencukupi.
Untuk bersedia sebelum tidur, mulakan dengan menutup lampu untuk memastikan fikiran kita berada dalam zon yang tenang.
Selepas itu, betulkan kedudukan bantal dan selimut, pastikan dalam posisi yang selesa. Anda boleh juga mandi dengan air suam atau minum teh chamomile untuk membantu anda kekal tenang.
Kekal Cergas
Jadikan kebiasaan untuk bersenam dengan kerap. Sebaiknya bersenam selama 30 hingga 45 minit sehari, 5 kali seminggu. Kajian menunjukkan akitviti fizikal sangat memberi manfaat kepada sistem imun kita.
Cari sesuatu yang anda suka lakukan seperti berjalan di sekitar taman perumahan dan cuba jadikan ia rutin setiap hari.
Senaman yang kerap dan aktiviti fizikal mempunyai kesan anti-keradangan dan juga anti-imunosenescence, yang boleh memperlahankan masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.
Bersenam boleh menugbah beberapa aktiviti imunologi, dan tiada sel imun yang imun terhadap kesan penuaan.
Memakan Makanan Yang Sihat
Diet pemakananan yang seimbang akan memberikan badan kita nutrisi yang diperlukan dengan cukup. Setiap hidangan perlu lengkap dengan sumber protein seperti ikan, daging dan kekacang.
Kita juga digalakkan untuk memakan pelbagai jenis buah-buhan dan sayuran. Kurangkan atau jika boleh, elakkan mengambil makanan segera kerana ia boleh menyebabkan keradangan yang boleh melemahkan sistem imun kita.
Kurangkan Rasa Tertekan
Sistem imunisasi kita dan kebolehan untuk melawan penyakit akan kurang berkesan jika menghadapi tekanan yang keterlaluan. Anda boleh mengawal tekanan atau stress dengan melakukan sesuatu yang anda suka.
Sebagai contoh, jika anda minat memancing. Tidak salah rasanya untuk anda mencari waktu sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk keluar memancing bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Aktiviti ini dapat meningkatan hormon kegembiraan yang boleh membantu mengurangkan rasa tekanan yang kita hadapi.
Ringkasan
Setiap aktiviti dan rutin kita mempunyai peranan tersendiri dan boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita. Perkara kecil lama-lama boleh menjadi besar sebagai kesan domino sampai kita pilih untuk berubah.
Hari ini, kita boleh mempertingkatkan sistem imun kita dengan mengubah gaya hidup dan mengambil makanan yang berkhasiat dengan mengurangkan kadar pengambilan gula, kekal hidrat, bersenam, berehat atau mendapatkan tidur yang cukup, dan juga mengawal stress yang kita hadapi.